Tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali: 2 maut, 51 masih belum ditemukan - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali: 2 maut, 51 masih belum ditemukan

Tanah runtuh
PASUKAN bomba dan anggota keselamatan lain membantu mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat Jalan Batang Kali - Genting Highland di Hulu Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maklumat dikemas kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor mendapati, dua maut manakala 51 lagi masih belum ditemukan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali, pagi ini.

Menurut jabatan itu, tiga orang dilaporkan cedera dan 23 lagi berada dalam keadaan selamat.

“Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain termasuk iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta dan polis.

“Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai,” jelasnya dalam kenyataan.

Jabatan tersebut memberitahu, pada pukul 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Jelasnya, pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada pukul 3.04 pagi.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

“Sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya