Tanah runtuh berlaku pada cerun buatan

Tanah runtuh berlaku pada cerun buatan

LOKASI kawasan tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Insiden tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali, pagi tadi berlaku pada cerun buatan atau cerun tambakan jalan di kawasan bukit batuan granit.

Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, ketika musim hujan, air permukaan yang banyak meresap ke dalam cerun sering menyebabkan kegagalan cerun.

Katanya, berdasarkan maklumat sedia ada, banyak kejadian tanah runtuh berlaku di cerun tambakan sepanjang jalan raya di kawasan bukit atau pergunungan di Malaysia.

“Kebanyakan kejadian menyebabkan kerosakan jalan, ada yang terputus atau separuh runtuh. Lazimnya, tidak menyebabkan kematian kerana tiada penghuni di kaki tanah runtuh.

“Bencana kali ini amat malang kerana ‘kebetulan’ terdapat kawasan perkhemahan sekitar 100 meter di bawah tanah runtuh (30 meter di bawah paras jalan),” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 2.30 pagi itu, sejumlah 16 mangsa meninggal dunia dan 17 belum djumpai. Bilangan yang selamat adalah 61 orang.

Ibrahim berkata, tanah runtuh diikuti dengan aliran tanah menyebabkan kawasan perkhemahan itu tertimbus dengan runtuhan tanah.

“Bencana ini berlaku pada cerun buatan (cerun tambakan, dan pembersihan ladang),” jelasnya.

Beliau turut menggesa supaya pihak berkuasa menyediakan garis panduan berkaitan pembangunan di kawasan rekreasi atau perkhemahan terutamanya di lereng bukit.

“Perlu ada garis panduan yang jelas disediakan untuk pembangunan bagi tapak perkhemahan ini atau pun tempat rekreasi lain yang boleh mengundang risiko sama,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya