Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih terperangkap di Father’s Organic Farm - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 69 dikhuatiri masih terperangkap di Father’s Organic Farm

Tanah runtuh
PASUKAN bomba dan anggota keselamatan lain membantu mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat Jalan Batang Kali - Genting Highland di Hulu Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Dianggarkan seramai 100 orang menjadi mangsa tanah runtuh dalam satu kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Bagaimanapun, seramai 31 mangsa berjaya ditemui sementara yang lain dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.24 pagi sebelum mengerah pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang ke tempat kejadian.

“Dalam maklumat awal, komander operasi melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan berkenaan yang berada berdekatan dengannya.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan tanah runtuhan 0.4 hektar. Maklumat awal dari polis terdapat 100 orang yang berada dalam tapak perkhemahan tersebut yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, maklumat terkini diterima daripada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberitahu 31 mangsa ditemukan selamat di lokasi kejadian.

“Pasukan K9 dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Turut dikerah ke lokasi kejadian adalah pasukan Unit Operasi Taktikal dan Pasukan Menyelamat (STORM),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya