Tanah Merah dilanda banjir

Tanah Merah dilanda banjir

DUA anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli melakukan pemantauan air sungai yang mula melimpahi tebing di Lorong Shahir, Kampung Jeli, Jeli, Kelantan, hari ini. - IHSAN APM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jajahan Tanah Merah menjadi kawasan terbaharu di negeri ini yang dilanda banjir selepas kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang susulan hujan lebat malam tadi.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 10.35 ini melaporkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini di Tanah Merah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek dan SK Gual Jedok.

PPS SK Kelewek menempatkan 46 mangsa banjir manakala SK Gual Jedok tujuh mangsa.

Pertambahan itu menyaksikan setakat ini sembilan PPS dibuka melibatkan Tanah Merah, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di sembilan PPS itu ialah 1,668 orang daripada 517.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan, tiga batang sungai di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Ayer Lanas (Jeli) 26.32 meter, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah (25.23 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (9.10 meter).

Sungai Jerimbong, Jeli dan Sungai Golok di Tumpat masing-masing sudah melepasi paras amaran manakala dua batang Sungai Kelantan di Kampung Tualang dan Kuala Kria berada pada tahap waspada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya