Tamu Gadang UMS bermula hari ini

Tamu Gadang UMS bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kembali untuk kali ketiga tahun ini.

Tamu Gadang yang diadakan bermula hari ini sehingga 16 Disember diadakan di Tapak Parkir Jabatan Hah Ehwal Pelajar. Ia dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh seminggu ini.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan Tamu Gadang ini termasul pertandingan bola sepak gaya bebas, pertandingan buskers UMS, pertandingan gubahan bunga, pertandingan karaoke tertutup dan pertandingan mewarna.

Turut diadakan adalah pertandingan cosplay dan pertandingan swafoto.

Tamu Gadang adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pelajar UMS sempena majlis konvokesyen dan pengisiannya termasuk acara pameran, gerai jualan, pertandingan dan persembahan.

Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 yang bermula esok sehingga 12 Disember ini membabitkan 4,298 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun ini.

Majlis selama tiga hari yang diadakan di Dewan Canselor itu melibatkan enam sidang dan sidang pertama akan disempurnakan oleh Canselor UMS, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sebelum ini, UMS telah mengadakan dua majlis konvokesyen iaitu pada bulan Mac lalu bagi graduan tahun 2020 dan Jun bagi graduan tahun 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya