Suami gay, apa isteri perlu buat?

Suami gay, apa isteri perlu buat?

JIKA suami berterusan berkelakuan gay, maka si isteri boleh mengambil tindakan undang-undang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Si suami mengaku dirinya seorang gay, justeru apa yang perlu dilakukan si isteri sama ada meneruskan perkahwinan atau memohon cerai.

Mengupas isu berkenaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menjelaskan, si suami wajib bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut.

Menurutnya, jika perkara itu masih berlarutan, maka si isteri boleh mengambil tindakan undang-undang seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan yang ada.

“Ini kerana status perkahwinan itu sudah dianggap tidak sekufu (tidak serasi) dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan.

“Sifat kafaah (sekufu) dalam membuat pilihan pasangan adalah suatu perkara yang penting bagi kelangsungan hidup di dalam rumah tangga.

“Dalam hal ini, isteri wajib memberi nasihat kepada suami agar kembali bertaubat dan berazam tidak akan melakukan perbuatan songsang tersebut,” katanya.

Katanya, mengikut peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di dalam seksyen 52 (h) (ii), suami atau isteri boleh menohon fasakh jika dianiayai atau berkawan dengan perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak.

PMWP berkata, keadaan suami seperti melakukan perbuatan yang tidak bermoral, berkelakuan songsang dan seumpamanya adalah dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh hukum syarak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya