Solusi kos sara hidup dilaksana hujung Januari

Solusi kos sara hidup dilaksana hujung Januari

OPR kekal bantu rakyat dan peniaga mengharungi kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Ekonomi sedang memperincikan perancangan pelaksanaan beberapa solusi pantas yang dijangka dilaksanakan bermula hujung Januari depan terutama melibatkan kos sara hidup rakyat.

Dalam satu kenyataan media bersama Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perancangan itu termasuk pelan tindakan kerjasama rentas kementerian dan mengemas kini beberapa prosedur pelaksanaan dasar.

“Menerusi pelbagai perbincangan, ada keputusan yang sedang dilaksanakan dan ada yang masih memerlukan perincian. Kerajaan komited dalam membantu rakyat, tanpa menjejaskan kedudukan ekosistem perniagaan serta industri yang masih dalam tempoh pemulihan pasca pandemik Covid-19.

“Pengawalan inflasi dan juga kos sara hidup memerlukan kerjasama semua pihak yang terbabit dalam rantaian nilai, termasuklah kerajaan, pengeluar, peniaga dan juga rakyat. Kos sara hidup bukan sahaja berlegar tentang harga murah tetapi harga adil kepada pengeluar, peniaga dan pengguna,” katanya hari ini.

Justeru katanya, kerajaan berharap agar perkara tersebut memudahkan pengurusan kos dan seterusnya memastikan segala penjimatan dapat dialirkan kepada para pengguna seterusnya meringankan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Tambahnya, pada masa sama, kerajaan akan tetap meneruskan semua peranan semasa serta sedang meneliti peranan-peranan lain yang boleh dimainkan.

“Kerjasama serta peranan semua kementerian akan digembleng, KPDN dan Kementerian Ekonomi bersetuju untuk mewujudkan satu sekretariat bersama yang akan menjadi satu platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai agensi dalam menangani kos sara hidup.

“Kerajaan melalui KPDN juga akan mempergiatkan usaha agar perdagangan domestik terus berkembang, justeru, bagi langkah tersebut agenda francais, jualan langsung serta peranan sektor peruncitan dan borong akan diperkukuh.

“Perdagangan domestik yang merupakan penyumbang signifikan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara akan terus dirancakkan agar manfaat dapat terus sampai ke golongan sasar dan di masa yang sama turut meningkatkan peluang pekerjaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya