Sistem amaran awal gagal berfungsi

Sistem amaran awal gagal berfungsi

ABDUL Rahim Che Mat melihat sistem amaran awal bencana yang dipasang di Kampung La, Hulu Besut, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU BESUT: Penduduk di Kampung La, Hulu Besut di sini mendakwa sistem amaran awal bencana (EWS) yang dipasang gagal berfungsi dalam kejadian banjir di kawasan itu pada 18 Disember lalu.

Siren sistem amaran banjir itu dikatakan tidak berbunyi apabila gagal mengesan kenaikan paras air sungai di kampung itu selepas hujan lebat.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Che Mat, 72, berkata, penduduk boleh melakukan persiapan awal untuk menyelamatkan harta dan segera berpindah sekiranya siren amaran amaran itu berbunyi.

“Penduduk kecewa apabila sistem amaran banjir itu tidak berfungsi ketika banjir melanda kampung ini,” katanya, semalam.

Kampung La adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini hingga menyebabkan kerosakan teruk terhadap rumah penduduk.

Sebanyak sembilan rumah penduduk dilaporkan musnah dan enam daripadanya dihanyutkan arus deras banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya