[SIDANG DUN] Kerajaan Terengganu belum dapat laksanakan hudud, qisas - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Kerajaan Terengganu belum dapat laksanakan hudud, qisas

SATIFUL BAHRI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mendakwa masih belum dapat melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) (Terengganu) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 Julai 2002 atas beberapa faktor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, dalam merancang dan melaksanakan enakmen tersebut, satu Jawatankuasa Khas Pindaan ditubuhkan di bawah portfolio beliau.

“Jawatankuasa itu adalah bagi mengkaji, menyemak kembali dan menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam membicarakan dan mendengar kesalahan-kesalahan (Hudud dan Qisas). Mengikut Seksyen 2 Enakmen ini, ‘mahkamah’ telah ditafsirkan sebagai Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

“Ini bermakna setiap pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) (Terengganu) 2002 hendaklah dibicarakan dan didengar di mahkamah yang khusus yang dipanggil Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

“Kedua- kedua mahkamah ini (Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas) sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 2 itu masih belum lagi diwujudkan. Maka secara tersiratnya Mahkamah Syariah yang ada sekarang masih tidak berbidang kuasa untuk membicarakan dan mendengar kesalahan-kesalahan (Hudud dan Qisas).

“Oleh demikian, berkenaan perkembangan mutakhir enakmen ini, peruntukan Seksyen 2 perlulah dibuat pindaan agar selaras dengan tafsiran mahkamah yang diperuntukkan dalam undang-undang di negeri ini terutamanya dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001,” katanya pada sidang DUN di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Bazlan Abd. Rahman (BN-Batu Rakit) yang ingin tahu apakah perkembangan mutakhir perancangan dan pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh DUN Terengganu pada 2002.

Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri berharap agar Kerajaan Pusat dapat meneruskan agenda pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) sebagaimana dirangka sebelum ini.

Jelasnya, langkah tersebut penting bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah selain memastikan apa yang dirancang sebelum ini berjalan mengikut jadual.

Jelas beliau, pindaan enakmen melibatkan hukuman bagi kesalahan jenayah takzir 2021 oleh kerajaan negeri kini di peringkat akhir dan akan dibentangkan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya