Siasatan terperinci kes bunuh dalam semak

Siasatan terperinci kes bunuh dalam semak

ANGGOTA polis melakukan operasi mencari bahan bukti kes bunuh itu di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis menjalankan siasatan menyeluruh kes seorang lelaki yang ditemui mati akibat dibunuh di kawasan semak Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman bagi teknikal mencari senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

“Selain itu, kita sedang giat mengesan suspek yang terlibat membunuh mangsa tersebut.

“Siasatan terperinci termasuk motif sebenar kejadian turut sedang dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an disyaki warga Indonesia.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lelaki itu ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala selepas polis menerima panggilan kecemasan pukul 9.10 pagi.

Penemuan mayat itu disedari seorang warga emas yang tergamam melihat objek disangka kain buruk rupa-rupanya mayat mangsa di kawasan semak berkenaan.

Sebuah motosikal Modenas berwarna putih turut ditemui berdekatan mangsa dengan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya