Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan kepada PM

Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan kepada PM

SHAMSUL Iskandar Md. Akin (kanan) antara tiga setiausaha politik Perdana Menteri. - GAMBAR IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat itu secara rasmi memegang jawatan itu dalam majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Perdana Menteri menerusi Facebook beliau.

Majlis berkenaan turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun tewas kepada penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ming Kai pula menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya