Semua negeri perlu ikut langkah Pusat, batalkan sambutan ambang tahun baharu - Utusan Malaysia

Semua negeri perlu ikut langkah Pusat, batalkan sambutan ambang tahun baharu

N V SUBBAROW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua negeri mengikuti langkah Kerajaan Pusat membatalkan sambutan ambang tahun baharu 2023.

Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pembatalan sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dan ia disifatkan sebagai langkah tepat serta sangat berani.

”Kami mengalu-alukan kenyataan (Datuk Seri) Anwar mengenai pembatalan itu dan CAP menggesa kerajaan negeri lain untuk mengikuti perkara yang sama dengan tidak mengadakan sebarang sambutan ambang tahun baharu.

”CAP merasakan ini satu pembaziran wang yang mana wang itu boleh disalurkan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat banjir besar pada masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Anwar berkata, sambutan Ambang Tahun Baharu yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkannsusulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Menurut Subbarow, banjir besar tahun ini telah menyebabkan banyak kesukaran kepada rakyat khususnya kepada keluarga miskin.

”Mereka telah kehilangan sejumlah besar barangan di rumah masing-masing.

“Sebagai masyarakat penyayang, setiap rakyat Malaysia harus membantu keluarga yang terjejas ini dalam apa cara sekalipun,” tambahnya.

Subbarow berkata, daripada mengadakan sambutan ambang tahun baharu, kerajaan negeri sepatutnya menyumbangkan makanan dan barangan lain kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya