Selesai angkat sumpah, Anwar ikrar terus bekerja sesungguhnya

Selesai angkat sumpah, Anwar ikrar terus bekerja sesungguhnya

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan terus bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan. 

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun, hari ini. 

Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok. 

“Tanggungjawab ini akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama,” katanya. 

Terdahulu, seramai 222 Ahli Dewan Rakyat selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, pagi tadi. 

Majlis tersebut diketuai Perdana Menteri sebelum diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya