Selepas 'rehat' dua tahun, kini diuji bencana banjir - Utusan Malaysia

Selepas ‘rehat’ dua tahun, kini diuji bencana banjir

NORLIZAWATI Razli (duduk kanan) meninjau keadaan inap desa di Kampung Likong Limbat, Kota Bharu, Kelantan, - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengusaha dua buah inap desa di Kampung Likong Limbat dan Seribong dekat sini mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas kedua-dua kawasan terbabit dinaiki air sejak Ahad lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norzilawati Razli, 41, berkata, banjir kali ini menenggelamkan keseluruhan inap desa yang baru sahaja beroperasi selepas dua tahun lebih berehat ekoran pandemik Covid-19.

Menurutnya, banjir yang berlaku di kawasan itu ekoran limpahan air Sungai Pengkalan Datu semasa hujan lebat sekali gus menenggelamkan rumah penduduk.

“Saya tidak sempat untuk menyelamatkan kesemua barangan dalam dua buah inap desa apabila rumah saya sendiri di Pasir Hor di sini juga dinaiki air.

“Kesemua kelengkapan seperti barangan elekrik dan perabot rosak. Sebagai pengusaha inap desa, saya amat sedih kerana hanya sewaan bagi kedua-dua buah rumah itu menjadi punca rezeki saya,” katanya di sini.

Norlizawati memberitahu, melihat kepada keadaan banjir yang belum surut, dia buntu memikirkan kerugian yang akan ditanggung dalam musibah kali ini.

Katanya, tiga buah rumah miliknya termasuk dua inap desa itu pasti akan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki selepas banjir.

“Saya pergi meninjau keadaan rumah inap desa semalam (kelmarin) dan amat sedih apabila air naik sehingga paras pinggang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya