Selangor unggul tertinggi ternak arnab, Perak pula banyak rusa

Selangor unggul tertinggi ternak arnab, Perak pula banyak rusa

TERNAKAN arnab secara komersial berkembang pesat di seluruh negara.GAMBAR IHSAN DVS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor terus unggul apabila muncul sebagai negeri paling tinggi ternakan arnab komersial di Malaysia untuk anggaran rekod sepanjang tahun ini.

Menurut perangkaan terbaharu diterbitkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui laman sesawang rasminya, negeri tersebut diunjurkan menternak 20,535 ekor arnab, namun agak merosot berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 20,795 ekor mamalia itu.

Secara keseluruhan, DVS menganggarkan sejumlah 94,377 ekor arnab diternak secara komersial di seluruh negara tahun ini, naik sedikit daripada 93,115 ekor pada tahun lalu.

Kedah masih kekal di belakang Selangor dengan kedua terbanyak iaitu unjuran 13,152 ekor untuk tahun ini, naik drastik berbanding hanya 12,672 ekor sepanjang tahun lepas.

Ini disusuli Terengganu yang tahun ini dianggarkan 12,001 ekor, Pahang (9,890), Perak (9,800), Johor (8,798), Negeri Sembilan (8,368), Sarawak (6,346), Pulau Pinang (3,657).

Baki negeri berikutnya kurang 1,000 ekor iaitu Melaka dengan cuma 915 ekor, Kelantan (864), dan Wilayah Persekutuan (51) manakala tiada arnab diternak di Perlis dan Sabah.

Sementara itu, DVS turut melaporkan Perak juga masih unggul sebagai negeri ternakan rusa komersial terbesar di Malaysia untuk unjuran tahun ini iaitu sebanyak 4,750 ekor dengan keseluruhan 15,130 ekor berbanding 14,939 ekor tahun lalu di seluruh negara.

Johor muncul kedua paling tinggi untuk ternakan mamalia tersebut dengan 1,743 ekor sebelum diikuti rapat oleh Kedah iaitu 1,732 ekor, Sabah (1,336) dan Terengganu (1,133).

Selebihnya pula kurang 1,000 ekor iaitu Negeri Sembilan (950), Sarawak (921), Perlis (731), Selangor (690), Melaka (480), Pahang (432), Pulau Pinang (159) dan Kelantan (73).

Wilayah Persekutuan pula langsung tiada ternakan rusa namun ia merekodkan angka terbesar ternakan kuda komersial di Malaysia pada sepanjang tahun ini iaitu 1,279 ekor.

Data unjuran DVS itu menunjukkan wilayah berkenaan jauh meninggalkan semua negeri dengan tempat kedua iaitu Terengganu hanya mampu menternak sebanyak 566 ekor.

Diikuti Johor (439), Perak (364), Pulau Pinang (281), Negeri Sembilan (257), Selangor (240), Sabah (231), Pahang (176), Kedah (111), Kelantan (85), Melaka (52) dan Perlis (40).

Tiada rekod kuda komersial yang diternak di Sarawak dan secara keseluruhan DVS menganggarkan pada tahun ini bilangannya 4,112 ekor berbanding tahun lalu iaitu 4,111 ekor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya