Selangor, Sarawak, Sabah tiga negeri terkini dilanda banjir

Selangor, Sarawak, Sabah tiga negeri terkini dilanda banjir

banjir
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk yang terlibat banjir di Kuala Ping, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah negeri yang dilanda banjir kini bertambah kepada lapan negeri dengan Selangor, Sarawak dan Sabah memasuki senarai terkini setakat 10 pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tujuh Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di tiga negeri itu dengan jumlah mangsa banjir seramai 383 orang.

Beliau berkata, dua PPS di buka di Selangor (Petaling dan Kuala Selangor), tiga PPS di Sarawak (Bau dan Kuching) dan dua PPS di Sabah (Pitas).

“Kami akan terus memastikan aspek penyelarasan diperkemas bagi memastikan semua negeri yang terlibat banjir tidak berdepan masalah logistik mahupun sumber manusia.

“Pengurusan banjir di daerah-daerah terlibat di ketiga-tiga negeri masih berada pada tahap 1 iaitu di bawah kawal selia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing.

“Namun, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat yang beroperasi 24 jam akan sentiasa memantau dan bersedia untuk sebarang pendekatan intervensi sekiranya diperlukan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sebanyak tujuh Siri Amaran Hujan Berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sejak bermulanya Monson Timur Laut (MTL) 2022/2023 pada 7 November lalu.

Armizan berkata, Siri Amaran ke-7 masih lagi berkuat kuasa dan luruan monsun kedua yang bermula 17 Disember lalu dijangka berterusan sehingga 26 Disember ini.

Menurutnya, bermula hari ini, menurut ramalan MET, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.

“Maklumat cuaca terkini MET Malaysia boleh dilayari melalui laman web rasmi Jabatan www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya