Selangor salur RM500,000 bantu Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Selangor salur RM500,000 bantu Kelantan, Terengganu

Kelantan Terengganu
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM500,000 kepada Kelantan dan Terengganu yang kini berdepan musibah banjir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib menimpa rakyat di negeri yang dilanda bah itu.

Menurutnya, statistik terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) merekodkan mangsa kini melibatkan seramai 37,021 orang di Terengganu dan 25,353 di Kelantan.

“Bagi meringankan beban atas musibah itu, kerajaan Selangor bersedia menghulurkan sumbangan banjir #KitaSelangor 2022 kepada Kelantan dan Terengganu.

“Sumbangan itu berupa bantuan kewangan RM500,000 bagi setiap negeri tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Amirudin, skuad Pantas dan Sukarelawan Selangor (SERVE) turut sedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir kelak.

Beliau menambah, acara sambutan Ambang Tahun Baru peringkat Selangor turut dibatalkan tahun ini.

“Keputusan itu bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya