Sany Hamzan angkat sumpah dari tempat duduk

Mohd. Sany angkat sumpah dari tempat duduk

MOHD. Sany Hamzan diberi laluan untuk mengangkat sumpah dari tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan diberi laluan untuk mengangkat sumpah dari tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat kerana beliau tidak boleh berjalan ke mimbar yang ditetapkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi keizinan itu kerana Mohd. Sany memaklumkan beliau baru menjalankan pembedahan pada minggu lalu.

Mohd. Sany menghadiri Parlimen hari ini dengan berkerusi roda dan tangan kirinya berbalut. Bagaimanapun, tiada perincian mengenai pembedahan yang dijalani beliau. 

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya