Saman antara Anwar dan Sanusi, bukan kerajaan Kedah dan Persekutuan - Sanusi - Utusan Malaysia

Saman antara Anwar dan Sanusi, bukan kerajaan Kedah dan Persekutuan – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis ASDA di Ibu Pejabat Mada di Alor Setar. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Saman difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diyakini sama sekali tidak akan menjadi penyebab kepada peminggiran negeri ini oleh kerajaan Persekutuan.

Menurut Muhammad Sanusi, tindakan Anwar mengemukakan saman terhadapnya adalah urusan peribadi kedua-dua mereka dan tiada kena-mengena dengan hubungan kerajaan negeri serta Persekutuan.

“Kes saman itu melibatkan Anwar Ibrahim dengan Sanusi. Saya tidak meletakkan itu sebagai satu asbab yang menjadi punca kepada ‘pemisahan’ antara negeri dan Persekutuan.

“Semua itu tak perlu kerana apa yang berlaku adalah antara saya dengan Anwar. Kalau beliau ambil perkara itu untuk menganak tirikan Kedah, saya rasa beliau koyaklah.

“Panas tak apa, jangan koyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian serta menyampaikan hadiah Majlis Anugerah Sastera Darul Aman (ASDA) di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini, malam tadi.

Kelmarin, Anwar memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar berhubung ucapan berbaur fitnah yang didakwa dilafazkan dalam kempen ceramah Jelajah PN Best di Tambun, Perak.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menyatakan kesediaan untuk berdepan Anwar di mahkamah tanpa menunjukkan sebarang keinginan untuk meminta maaf.

Dalam pada itu, ditanya pandangannya mengenai isu empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang hangat diperkatakan ketika ini, Muhammad Sanusi berkata, semua pihak harus menunggu keputusan muktamad mengenai perkara tersebut.

“Saya pun tak tahu siapa yang akan buat keputusan kerana ada yang kata jawatan ahli Parlimen mereka itu gugur dan ada yang kata tidak. Saya tak tahu siapa nak buat keputusan itu, mungkin mahkamahlah agaknya.

“Kerana mereka melompat ‘pergi’ kepada kerajaan dosanya kurang tetapi kalau lompat ke pembangkang, dosanya mungkin besar. Sebab kita berada dalam majlis sastera, macam itulah jawapannya,” katanya sinis. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya