Saluran parit tertutup antara punca banjir di Kota Bharu 

Saluran parit tertutup antara punca banjir di Kota Bharu 

ANTARA jalan yang ditenggelami air di sekitar Kadok, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Saluran sistem perparitan yang tertutup selepas ditambak dengan tanah dipercayai salah satu punca kejadian banjir yang sedang melanda  di kebanyakan kawasan di daerah ini semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, selain hujan lebat, isu perparitan turut dilihat menjadi  punca berlaku bencana banjir luar biasa kali ini

Menurutnya, kemudahan parit telah disediakan di sesetengah kawasan, namun ia tidak dijaga dengan baik apabila ada penduduk menambak tanah di kawasan tempat tinggal sehingga menyebabkan saluran parit tertutup.

“Di sesetengah kawasan pula memang terdapat isu kekurangan parit. Kerajaan negeri akan mengambil perhatian berkenaan perkara ini.

“Bagi mengatasi banjir kilat, kita telah mengenal pasti beberapa kawasan dianggap titik panas dan meluluskan peruntukan untuk menyediakan parit dan longkang di kawasan tertentu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, projek perparitan baharu belum dimulakan kerana sudah memasuki hujung tahun apabila kebiasaannya kerajaan tidak mengeluarkan kelulusan atau kontrak dalam tempoh ini.

Katanya, kerajaan negeri telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengenal pasti titik panas di seluruh Kelantan dan memilih kawasan yang perlu diutamakan.

“Kita harap orang ramai dapat berpindah segera apabila menerima arahan kerana pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa banjir dan pasukan menyelamat akan mengalami kesukaran apabila berpindah saat-saat akhir terutamanya apabila banjir besar dan air terlalu deras,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya