Salahuddin akui telur, minyak masak bersubsidi kurang

Salahuddin akui telur, minyak masak bersubsidi kurang

SALAHUDDIN Ayub membuat lawatan mengejut meninjau telur dan minyak masak sekitar Presint 8, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui terdapat kekurangan bekalan telur bersubsidi gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi dalam polibeg satu kilogram di pasaran runcit ketika ini.

Ia susulan lawatan mengejut yang dilakukan oleh beliau di kedai runcit serta pasar awam di Putrajaya, hari ini.

Justeru katanya, kementeriannya akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan bekalan telur dan minyak masak bersubsidi esok.

“Esok saya akan panggil mesyuarat bersama berkenaan bekalan telur bersubsidi di pasaran dan di masa yang sama saya akan mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa untuk menyelesaikan masalah minyak masak bersubsidi 1 kg polibeg. Saya akan bertindak!” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu menerusi perkongsian gambar dan video yang dipaparkan, Salahuddin dilihat melakukan lawatan secara mengejut tanpa diiringi pegawai penguat kuasa KPDN.

“Tadi pagi dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya, saya tergerak hati nak singgah di kedai runcit dan pasar awam di Putrajaya. Saya sengaja tidak beritahu pengurusan kementerian dan Bahagian Penguatkuasa KPDN kerana tidak mahu jadi seperti acara keraian.

“Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya