Remaja mengaku salah rogol adik kandung - Utusan Malaysia

Remaja mengaku salah rogol adik kandung

REMAJA yang dituduh merogol adik kandungnya dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang remaja lelaki berdepan hukuman penjara dan sebat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya pada Mei dan November lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun membuat pengakuan bersalah itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman di sini, hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Januari tahun depan sebagai tarikh pendengaran fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh yang juga seorang penganggur.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh dituduh merogol adik perempuan kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus dekat sini antara pukul 2 sehingga 3 petang, Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dituduh mengulangi perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa yang sama di lokasi sama kira-kira pukul 3.30 petang, 5 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan sehingga 30 tahun serta sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya