Ramai anak muda terjerat bebanan hutang - Hafiz Mahamad - Utusan Malaysia

Ramai anak muda terjerat bebanan hutang – Hafiz Mahamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh dan usahawan popular, Hafiz Mahamad, tidak menolak bahawa cara sesetengah syarikat keusahawanan mengendalikan sistem pengurusan tidak telus banyak menjerat anak-anak muda dengan bebanan hutang.

Malah, kata Hafiz, usah terkejut seandainya, terdapat kalangan anak muda berusia bawah 25 tahun sudah terbelenggu dengan hutang mencecah jutaan ringgit kerana telah terpedaya dengan janji bulan dan bintang.

“Tidak dinafikan, sebenarnya, ramai kalangan anak muda kita seakan sudah tidak berminat untuk menerokai peluang perniagaan kerana telah menjadi mangsa syarikat atau sistem perniagaan yang memperalatkan mereka.

“Ada sesetengah organisasi mengajar mereka untuk meminjam duit, ada berhutang dengan ah long, ada pergi buat pinjaman bank dan saudara mara, demi kepentingan dan ambil modal mereka. Sepatutnya mereka mula berniaga dengan modal yang rendah dahulu, kemudian barulah diajar tentang pengurusan dan sebagainya,”katanya.

Hafiz ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina pada majlis Briefing & Chillin’ with AINAA di Marriott Putrajaya baru-baru ini.

Selain itu, Hafiz berkata, dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan anak-anak muda yang meminta bantuan untuk mengubah nasib daripada terus berada dalam kesempitan hidup.

“Usah terkejut kalau saya beritahu, anak muda kita ramai yang berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang.Malah, ada yang berstatus bankrap di usia muda dengan ada antaranya terjerat dengan hutang ah long.

“Ia bukan sesuatu yang sihat kerana jika dilihat, apa komitmen hidup golongan muda untuk berhutang dengan ah long? Adakah mereka berkeluarga? Hidup susah? Tidak, mereka masih belajar.

“Keadaan jadi begitu kerana mereka telah dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah,”katanya.

Mahu membantu mengubah daya fikiran anak muda, Hafiz melancarkan kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ yang bertujuan memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.

Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.

Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya.

Malah, dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya