Raja Muda Selangor tinjau lokasi tanah runtuh

Raja Muda Selangor tinjau lokasi tanah runtuh

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mendengar taklimat operasi SAR di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meninjau lokasi tragedi tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini hari ini.

Baginda tiba pada pukul 10.19 pagi sebelum menghadiri taklimat yang disampaikan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang juga disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tragedi itu dilaporkan mengorbankan 21 nyawa dalam kejadian yang berlaku di atas tapak perkhemahan diusahakan sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen berkenaan.

Kegagalan struktur kaki cerun dipercayai menjadi punca kejadian membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu membabitkan anggaran tanah runtuh sebanyak 500,000 tan dengan ketinggian 30 meter.

Difahamkan daripada 94 mangsa kejadian itu, antara yang terkorban adalah penghuni perkhemahan dari Melaka dan Kuala Lumpur manakala yang terselamat pula terdiri daripada pekerja ladang tersebut termasuk 13 warga Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya