PRU15: Lebih elok PH, BN tarik diri - calon PN - Utusan Malaysia

PRU15: Lebih elok PH, BN tarik diri – calon PN

AZMAN NASRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin secara sinis menyarankan lawannya daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi tersebut.

Beliau berkata, langkah itu selepas kedua-dua parti dan gabungan diwakili mereka kini sudah bersama-sama membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang ini PH dan BN berada dalam satu kerajaan, mana-mana pihak nak tarik diri kalau kedua-duanya lagi elok sebab kedua-duanya bertentangan prinsip perjuangan.

“PH (dengan cara) begini, BN (pula) begini, tapi kita PN kekal dengan prinsip perjuangan, saya yakin pengundi Padang Serai sudah celik dan tahu untuk pilih mana yang boleh membela mereka dalam Parlimen nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di Sungai Seluang.

Calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak berharap calon BN, Datuk C. Sivaraj memberi laluan kepadanya untuk berlawan dengan PN bagi membolehkan beliau menghadiahkan kemenangan kepada Anwar.

Bagaimanapun, Sivaraj berpendapat Mohamad Sofee yang patut berkompromi memandangkan beliau sudah lebih tiga tahun bekerja di situ berbanding Mohamad Sofee yang baru ‘tiba’ menggantikan mendiang M. Karupaiya.

Dalam pada itu, Azman menempelak pihak lawan yang ketandusan modal ketika berkempen apabila terus memainkan isu beliau dilabel sebagai ‘pengkhianat’.

Beliau menegaskan sudah beberapa kali menjelaskan perkara itu termasuk dalam siri ceramah iaitu perjuangan dalam PH dahulu tidak selari dan seiring dengan jiwa perjuangannya.

“Nampaknya lawan saya kehabisan modal, ketandusan isu, isu itu sudah berlalu, berlarutan lama dan sudah selesai. Hari ini saya bertanding atas tiket PN.

“Saya ambil keputusan untuk bersama PN, jadi nak berlawan gunalah isu yang baik sikit, yang diterima pengundi. Saya yakin rakyat khususnya pengundi saya pada 2018 sedar akan keperluan memilih parti yang prihatin, bersih, stabil dan menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum,” katanya.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas sebelum ini merupakan ahli PKR dan keluar parti itu pada 11 Mei 2020 sekali gus menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah sejak 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya