PRU15: BN sah beri laluan kepada PH di Padang Serai - Utusan Malaysia

PRU15: BN sah beri laluan kepada PH di Padang Serai

JAMIL Khir Baharom ketika berucap pada ceramah pengumuman khas bersama pimpinan PH di Taman Desa Aman, Padang Meiha di Padang Serai, Kulim. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Barisan Nasional (BN) sah memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 7 Disember ini.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika ceramah pengumuman khas yang diadakan di Taman Desa Aman, Padang Meiha, malam ini.

“Apabila kita lihat Menteri Besar (Pahang) diberi laluan kepada BN untuk mengepalai negeri itu dan begitu juga di Tioman telah pun juga diberi laluan untuk BN.

“Maka selaku Pengerusi BN kedah, setelah mengambil ketetapan dan mendengar nasihat pimpinan atasan terutama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi suka mengumumkan laluan di Padang Serai akan diberikan kepada PH,” katanya.

Bagaimanapun, calon BN Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj tidak kelihatan pada ceramah tersebut.

Namun, Jamil Khir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menyatakan Sivaraj akan membantu mencapai kemenangan PH di kerusi itu.

“Kita harap pokok yang baru disemai dan Parlimen paling akhir (Padang Serai) pada hari pengundian nanti inshallah PH yang bergabung dgn BN membentuk Kerajaan Perpaduan akan menang dan dimartabat dan kerajaan Agong didaulatkan,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan teka-teki sama ada BN akan memberi laluan kepada PH pada PRU15 Parlimen Padang Serai dijangka terjawab.

Spekulasi mengatakan BN akan ‘berjiwa besar’ semakin kuat kedengaran sebagai timbal balik terhadap situasi sama yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman apabila PH menyokong calon BN.

PH menampilkan Setiausaha PH Kedah, Dr. Mohamad Sofee Razak sebagai calon baharu menggantikan mendiang M. Karupaiya yang meninggal dunia pada 16 November lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya