Program berkhatan beramai-ramai kurangkan gemuruh - Utusan Malaysia

Program berkhatan beramai-ramai kurangkan gemuruh

ANGGOTA bomba menyiram air terhadap 100 kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana Jawi di Nibong Tebal, Pulau Pinang. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat.

Bagi Noraini Awang, 44, Program Berkhatan Perdana Jawi hari ini amat sesuai diadakan secara beramai-ramai sekali gus mengurangkan ketakutan dan rasa gemuruh kanak-kanak yang bakal menginjak ke alam dewasa.

Katanya, kedua-dua anaknya, Ahmad Irham Firas, 9, dan Ahmad Ilman Ziqri Ahmad Faisal, 7, teruja dan mulai mengira hari untuk dikhatankan sejak minggu lepas.

“Sepatutnya mereka menyertai program ini lebih awal namun apabila Covid-19 melanda, ia terpaksa ditunda.

“Kedua-duanya tidak berdepan sebarang masalah semasa proses khatan dijalankan, malah mereka gembira kerana tidaklah sakit seperti yang disangkakan,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Jawi, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program berkenaan mendapat sokongan masyarakat menerusi pembabitan komuniti dan ahli keluarga.

“Kita dapat lihat sokongan ibu bapa dan bagaimana mereka mengendalikan emosi anak-anak yang ketakutan. Justeru, aktiviti seumpama ini wajar diteruskan pada setiap cuti sekolah bagi memudahkan anak-anak setempat,” katanya.

Program Berkhatan Perdana Jawi yang disertai seramai 100 kanak-kanak itu dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya