PPS dibuka di Pekan, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat - Utusan Malaysia

PPS dibuka di Pekan, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

ANGGOTA bomba dan penyelamat dibantu APM Pekan memindahkan 10 keluarga dari Kampung Cenderawasih, Sungai Miang ke PPS Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini meningkat kepada 444 orang daripada 128 buah keluarga yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah sehingga pukul 8 malam ini

Pada pukul 4 petang, hanya tiga PPS dibuka di daerah Temerloh dan Bera, iaitu seramai 405 orang daripada 121 buah keluarga.

Tiga daerah iaitu Jerantut, Raub dan Lipis masing-masing menutup PPS selepas mangsa pulang ke rumah mereka bermula pukul 2 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam kenyataan berkata, Pekan daerah terbaru dilanda banjir apabila 46 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara.

“Di Temerloh, jumlah terkini mangsa yang terjejas masih berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan, iaitu seramai 363 orang mangsa daripada 108 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, di Bera, seramai 35 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di PPS SK Sri Buntar yang dibuka sejak Jumaat lalu dan sembilan mangsa daripada tiga keluarga di SK Kerayong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya