Pondok pengawal terbakar dari dalam - Utusan Malaysia

Pondok pengawal terbakar dari dalam

LOKASI kebakaran melibatkan kontena yang dijadikan pondok pengawal di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kebakaran sebuah kontena yang dijadikan pondok pengawal di Taman Bayam Indah, Lunas di sini, kelmarin bermula dari dalam pondok tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mayat seorang lelaki dan wanita ditemukan rentung di dalam pondok pengawal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, rakaman tersebut juga menunjukkan kebakaran berlaku pada pukul 10.45 malam.

“Siasatan menerusi CCTV mendapati tiada sebarang unsur khianat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kata beliau, hasil siasatan di tempat kejadian turut menemukan sebuah kereta jenis Proton Saga dan pemiliknya yang dihubungi mengesahkan kereta tersebut dijual tanpa membuat penukaran nama.

Menurut Mohd. Redzuan, pihak forensik bomba juga telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati punca kebakaran adalah dari dalam kontena.

“Beberapa sampel kebakaran diambil oleh pihak bomba untuk dianalisa. Sementara forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mendapati tiada kesan kecederaan berunsurkan jenayah dengan kedua-dua mangsa terbakar 70 peratus,” jelasnya.

Tambahnya, waris gagal mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan akan disimpan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sehingga keputusan DNA diperoleh.

“Hasil bedah siasat mangsa lelaki mendapati punca kematian adalah akibat terhidu asap manakala proses bedah siasat mangsa perempuan akan dilakukan pada hari ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya