Polis siasat isu tular bendera Malaysia dikibar dengan bendera Israel

Polis siasat isu tular bendera Malaysia dikibar dengan bendera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran klip video memaparkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera negara Israel.

Siasatan berkenaan dilakukan susulan  laporan polis yang diterima pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam kumpulan WhatsApp sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

“Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ku Mashariman, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pada itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

“Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis serta menggugat ketenteraman awam.

“Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial rakaman video berdurasi 47 saat yang mana lagu Negaraku dinyanyikan beberapa individu dan bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya