PM nikmati murtabak keju Kampung Melayu Majidee

PM nikmati murtabak keju Kampung Melayu Majidee

ANWAR Ibrahim dan Onn Hafiz Ghazi menjamu selera bersama-sama orang ramai di Restoran Murtabak Azo, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Laungan ‘reformasi’ menyambut ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah untuk makan tengah hari bersama-sama orang ramai di Restoran Murtabak Azo, Kampung Melayu Majidee, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 12.05 tengah hari disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pemimpin tempatan termasuk Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menjamu selera, khususnya hidangan murtabak keju yang memang terkenal di daerah ini.

Beliau turut bertanya khabar dan beramah mesra dengan para peniaga di restoran berkenaan.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee yang terletak bertentangan dengan restoran tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya