PM menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta

PM menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta

ANWAR Ibrahim menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta  Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Ini kali pertama  Anwar Ibrahim  pulang ke Tambun selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10.

Selain menghadap Sultan Nazrin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadual menyertai sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Tanjung Rambutan di sini. 

Ini bagi menzahirkan penghargaan kepada pengundi dan penyokongnya.

Perdana menteri juga akan melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi yang dalam proses untuk dibangunkan di Jalan Masjid di Kampung Masjid.

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, Meru di sini, Perdana Menteri akan menyertai kenduri rakyat di masjid tersebut. 

Terdahulu,  beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dipercayai bagi mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri sebelum Perdana Menteri dilihat meninggalkan Istana Negara di ibu negara untuk ke Perak. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN