PM jadi Menteri Kewangan, tiada lagi fungsi semak, imbang - Radzi

PM jadi Menteri Kewangan, tiada lagi fungsi semak, imbang – Radzi

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sebagai satu langkah amat terkebelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara. 

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, Pemimpin Pakatan Harapan sendiri dengan sedar tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

“Justeru, rakyat Malaysia yang memahami tentang tadbir urus negara pun tentunya tidak bersetuju. Perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah mempunyai satu sistem tadbir urus yang mantap dan kukuh. 

“Sistem ini akan dapat melindungi dan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhannya dengan cekap,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli  pernah menulis di Facebook (https://bit.ly/3H5Abuu) bahawa beliau memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk menggubal satu akta menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Radzi berkata, selain itu, di bawah Janji 12 dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14, disebut bahawa ‘Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan’.

Menurutnya, Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, malah Perdana Menteri selepas itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak memegang portfolio Menteri Kewangan. 

“Bahkan ketiga-tiga Perdana Menteri ini juga tidak memegang sebarang portfolio menteri.

“Apa yang saya lihat pada masa ini, Perdana Menteri banyak bercakap tentang perkara yang terlalu kosmetik untuk menyedapkan telinga rakyat.

“Sebaliknya perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang elok dibentuk sebelum ini bila mana Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, diketepikan.

“Di mana ‘reformasi’ yang sentiasa dilaungkan? Adakah ‘reformasi’ hanya slogan bila jadi pembangkang?” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya