PM harap mahasiswa dapat harumkan nama Malaysia

PM harap mahasiswa dapat harumkan nama Malaysia

AHMAD Farhan Fauzi (tengah) bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli hadir menghantar para pelajar UiTM menyertai WUDC di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol. - GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula 27 Disember sehingga 4 Januari depan di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Menurut Perdana Menteri, beliau difahamkan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

“Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mahasiswa UiTM terlibat yang disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi membantu pergerakan dan aktiviti mereka sepanjang berada di Madrid.

WUDC merupakan pertandingan debat paling terbesar di dunia dan merupakan salah satu acara tahunan program pelajar antarabangsa.

Acara itu dijangka melibatkan penyertaan 270 pasukan dan 162 hakim daripada seluruh dunia termasuk membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya