Permit syarikat lori sebabkan bayi maut digantung setahun

Permit syarikat lori sebabkan bayi maut digantung setahun

ZAILANI Hashim bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan Akademi JPJ Bersama Media di Lapang Sasar, Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Permit syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak hingga menyebabkan seorang bayi maut pada 29 Oktober lalu, digantung selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, lesen pemandu lori itu juga turut digantung antara enam hingga lapan bulan berkuat kuasa hari ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati, lori syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) dijalankan JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Kita baru dapat keputusan daripada JISA dan surat penggantungan sudah dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

“Keputusan menggantung permit syarikat lori berkenaan dibuat selepas mendapati kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu lori berkenaan dan kita gantung tidak kurang setahun atau lebih.

“Pemandu lori ini banyak kali melakukan kesalahan dan hasil pemeriksaan, dia mempunyai 10 notis saman dan telah menjelaskannya, namun kali ini kita gantung lesennya antara enam hingga lapan bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan Akademi JPJ Bersama Media di Lapang Sasar, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya dua hari lalu berkata, JPJ dan APAD telah diarah mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori dan syarikat berkenaan.

Beberapa hari lalu, tular satu video kemalangan membabitkan sebuah lori dipercayai lebih muatan merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kawasan selekoh.

Selain rakaman itu, luahan hati mangsa turut menyentuh jiwa ramai pihak hingga ada yang meminta kerajaan campur tangan.

Tambah Zailani, kejadian tersebut memberi impak besar kepada JPJ, seterusnya akan terus komited menangani isu kenderaan komersial yang sering didapati melanggar peraturan membawa lebih muatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya