Perintah larangan terhadap media oleh peguam Ebit Lew dibantah - Utusan Malaysia

Perintah larangan terhadap media oleh peguam Ebit Lew dibantah

EBIT Lew bersama peguamnya, Ram Singh (dua kiri) semasa tiba di Mahkamah Majistret, Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan sensitif yang digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan bahawa pendengaran kes dilakukan di mahkamah awam maka, media berhak melaporkan apa-apa yang dinyatakan di dalam mahkamah.

Beliau berkata, memandangkan pihak pendakwaan ingin memfailkan semakan semula kes atau ‘revision’ di Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu maka, mahkamah tidak akan melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan peguam, Ram Singh pada hari ini.

Terdahulu, Ram memaklumkan anak guamnya iaitu Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37, melahirkan kebimbangan tentang publisiti dilaporkan dalam media mengenai kenyataan sensitif atau bukti yang dinyatakan semasa perbicaraan.

Ini kerana ia boleh menyakiti pengadu dan juga mengganggu emosi anak guam serta keluarganya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memberitahu pihaknya berkongsi pandangan yang sama dengan mahkamah bahawa dalam perbicaraan yang dilakukan di mahkamah awam, media tidak boleh selektif untuk memilih atau memutuskan apa yang sensitif terhadap tertuduh atau pengadu.

Justeru, pihak pendakwaan membantah permintaan pihak peguam bela untuk mengenakan perintah larangan kepada media.

Ram kemudiannya memberitahu mahkamah, memandangkan pendakwaan membantah permohonan perintah larangan yang dikemukakan, beliau akan memohon ‘revision’ di Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, beliau percaya media bersikap selektif tentang bukti yang dikemukakan di mahkamah terutama kenyataan yang sensitif dan bersifat sensasi.

Tambah beliau, pihak pendakwaan diharap tidak akan membantah semasa pembelaan melakukan pemeriksaan balas terhadap pengadu sehingga ke tahap yang mungkin tidak disenangi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya