Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung 7 Februari

EBIT Lew (kanan) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret, Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan berbincang mengenai tarikh perbicaraan seterusnya.

Majistret menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada pukul 10 pagi, 7 Februari tahun depan.

Mahkamah turut membenarkan ikat jamin tertuduh iaitu Ebit dilanjutkan.

Sejak perbicaraan bermula pada 27 September lalu, lima saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes berkenaan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Maka, beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya