Perak umum dana pendidikan RM600,000 buat Muhammad Azeem - Utusan Malaysia

Perak umum dana pendidikan RM600,000 buat Muhammad Azeem

MUHAMMAD Azeem Fahmi akan menjadi wakil tunggal Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Hungary.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri mengumumkan dana pendidikan bernilai RM600,000 kepada pelari pecut negara kelahiran Perak, Muhammad Azeem Fahmi.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana itu sebagai galakan kepada anak muda yang lain untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan sukan seperti Muhammad Azeem.

“Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, anak kelahiran Perak yang telah mencatatkan sejarah apabila memecah rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan masa 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2 Ogos lalu.

“Maka dengan ini sukacita saya mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberi Dana Pendidikan Negeri bernilai RM600,000 kepada beliau,” katanya ketika membentangkan Bajet negeri 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini..

Saarani turut mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lelaki Perak berikutan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak buat kali ketiga baru-baru ini.

“Sebagai penghargaan, kerajaan negeri berbesar hati untuk memberi insentif bernilai RM100,000 kepada pasukan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya