Penoreh getah ‘ikat perut’ hadapi musim tengkujuh

Penoreh getah ‘ikat perut’ hadapi musim tengkujuh

DAHLAN Duel mencurah air yang bertakung dalam cawan getah selepas hujan di kebunnya di Kampung Pasir Nering, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kebanyakan penoreh getah di daerah ini terpaksa ‘mengikat perut’ kerana tidak dapat mengutip hasil pada musim tengkujuh ini.

Mereka juga tidak mempunyai wang simpanan kerana harga komoditi itu rendah di pasaran sebelum ini.

Seorang penoreh getah dari Kampung Pasir Nering, Dahlan Duel, 65, berkata, harga getah yang rendah di pasaran menyebabkan pekebun seper­tinya sukar membuat simpanan dan kini perlu berdepan musim tengkujuh pula.

“Sebelum ini ada pekebun yang hanya biarkan kawasan kebun dipenuhi semak-samun kerana berasa tidak berbaloi jika terus menoreh atau upah pekerja berbanding pendapatan diperoleh.

“Ada juga yang masih berjuang menoreh walaupun pendapatan tidak seberapa kerana cuaca tidak menentu dan kini ditambah pula musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi pekebun, Mat Zin Hitam, 78, berkata, punca pendapatannya terjejas apabila tidak dapat menoreh getah sepanjang musim tengkujuh ini.

Menurutnya, keluarganya perlu jimat berbelanja dan terpaksa ‘mengikat perut’ kerana pendapatan terjejas teruk.

“Hasil simpanan jualan getah pula tidak banyak memandangkan harga murah di pasaran sebelum ini,” ujar­nya.

Zakaria Abdullah, 57, pula berkata, dia mempunyai kebun getah seluas 10 hektar dengan meraih pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan sekiranya dapat menoreh pada setiap hari.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat berbuat demnikian sejak tiga bulan lalu kerana keadaan cuaca tidak menentu.

“Pada musim tengkujuh ini, saya hanya dapat menoreh getah sehari atau dua hari kerana keadaan cuaca tidak menentu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya