Penjawat awam dinaikkan Gaji Tahunan Khas 2023 RM100

Penjawat awam dinaikkan Gaji Tahunan Khas 2023 RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56. 

“Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 ringgit dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut memaklumkan, tanpa kelulusan Bajet Sementara, bermula 1 Januari 2023 nanti, kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan asas kepada masyarakat seluruhnya. 

“Tanpa kelulusan Bajet Sementara bermula 1 Januari 2023 nanti, kerajaan tidak dapat berfungsi dan tidak dapat menyediakan perkhidmatan asas seperti bekalan ubat-ubatan di hospital, pemberian makanan kepada pelajar yang memerlukan di sekolah, bantuan kebajikan kepada golongan OKU dan penerima kebajikan lain dan pelbagai lagi perkhidmatan dan bantuan lain untuk kesejahteraan rakyat dan perniagaan.

“Saya akan bentangkan semula Belanjawan 2023 pada Februari 2023. Sudah tentu Kerajaan Perpaduan akan membentangkan Belanjawan 2023 yang lebih baik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya