Pengunjung kecewa taman tema air Kepala Batas ditutup - Utusan Malaysia

Pengunjung kecewa taman tema air Kepala Batas ditutup

TANGKAP layar berkenaan rungutan orang ramai selepas taman tema air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, Pulau Pinang ditutup hari ini susulan tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada PBT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Taman tema air Bertam Resort & Water Park di sini, ditutup sementara bermula hari ini susulan tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penutupan premis itu dijalankan oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pagi tadi.

Berdasarkan notis yang ditampal di pintu masuk taman tema terbabit, penutupan operasi aktiviti hiburan di premis itu dibuat mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Mengikut notis berkenaan, premis di Jalan Bertam itu ditutup atas sebab mengadakan hiburan (taman tema air) tanpa lesen dan melanggar peraturan enakmen hiburan dari pegawai pelesen MBSP.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 27 saat memaparkan pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema air terbabit.

Menerusi video sama, tindakan penguat kuasa terbabit didakwa menganiayai pengunjung sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang datang sempena cuti sekolah.

Taman tema yang bernilai kira-kira RM90 juta itu mula beroperasi pertengahan bulan ini atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn. Bhd.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya