Penerbit, stesen TV perlu sunting kandungan - Aznil Nawawi - Utusan Malaysia

Penerbit, stesen TV perlu sunting kandungan – Aznil Nawawi

aznil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi berpendapat, komen juri yang keterlaluan dan boleh mendatangkan kemarahan seharusnya disekat daripada dipertontonkan kepada umum.

Justeru, pengacara program realiti, Akademi Fantasia itu berkata, penerbit dan stesen televisyen (TV) perlu lebih peka serta memastikan kandungan
sebegitu disunting terlebih dahulu supaya tidak mencetuskan pertikaian.

“Kita tidak tahu apa yang telah dibincangkan oleh juri dan penerbit di belakang tabir. Mungkin Sheila hanya membawa karakter yang dituntut dalam program tersebut. Jika ia tuntutan karakter, apa yang dibawa Sheila itu menjadi.

“Apapun, kritikan dan serangan netizen terhadap Sheila tidak akan berlaku sekiranya bahagian tersebut tidak dipertontonkan kepada umum.

“Di sini, peranan penerbit atau stesen TV perlu supaya kandungan disiarkan tidak mendatangkan kemarahan penonton,” katanya.

Aznil juga berpendapat, isu itu tidak seharusnya diperbesarkan kerana berkemungkinan ia sudah dirancang terlebih awal.

“Program realiti akan ada pelbagai emosi seperti marah, sedih, cinta dan sebagainya.

“Sebagai penonton, kita seharusnya sudah boleh ‘baca’ dan mungkin itu sebahagian ‘drama’ untuk menaikkan populariti program.

Bagi saya, perkara seperti itu tidak seharusnya diperbesarkan,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya