Penduduk Tanah Merah terkejut, air naik cepat

Penduduk Tanah Merah terkejut, air naik cepat

KEADAAN kawasan rumah Noor Aswani Saari yang dinaiki air di Jalan Kubor, Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Penduduk di daerah ini terkejut hujan lebat sejak awal pagi ini menyebabkan rumah mereka dinaiki air dengan cepat sehingga ada terpaksa berpindah ke tempat selamat.

Seorang penduduk, Noor Aswani Saari, 35, berkata, air mula masuk ke dalam rumah seawal pukul 3 pagi menyebabkan dia dan suami serta empat anak masing-masing berusia setahun hingga 14 tahun mengambil keputusan berpindah.

“Memang agak terkejut dengan banjir kali ini hujan lebat tidak sampai berapa jam menyebabkan kawasan dalam rumah dipenuhi air sedalam 0.3 meter.

“Saya dan suami ambil keputusan pindah ke kediaman ibu di Kampung Belimbing memandangkan kawasan terbabit lebih tinggi dan selamat,” katanya ketika ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Noor Aswani memberitahu, kawasan rumahnya  di Jalan Kubor sebelum ini tidak pernah dinaiki air kecuali banjir besar pada 2014.

Sementara itu, penduduk di Kampung Chawas, Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 26 berkata, kawasan kediamannya turut terkepung ekoran air naik begitu cepat. 

Katanya, dia bimbang jika keadaan itu  berlarutan berkemungkinan besar menyukarkannya menjaga anak yang mengalami masalah saraf.

“Keadaan anak saya tidak seperti kanak-kanak lain dan perlukan bantuan, makan dan minum melalui tiub memandangkan dia tidak mampu bergerak dan terbaring sahaja. Jika keadaan menjadi serius, saya akan berpindah ke rumah keluarga terdekat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya