HULU SELANGOR: Penduduk tempatan di sini mendakwa tidak mengetahui kewujudan tapak perkhemahan di Fathers’ Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang mengorbankan lebih 20 nyawa setakat ini. Seorang pekerja syarikat penghantaran yang mahu dikenali sebagai Anas, 21, berkata, kebanyakan penduduk hanya mengetahui kawasan berkenaan sebagai ladang organik dan bukannya tapak perkhemahan. Dia yang menetap di Batang Kali sejak lahir berkata, tapak perkhemahan itu hanya diketahui selepas berlakunya kejadian tanah runtuh berkenaan. Katanya, ini kerana kawasan tersebut lebih tersorok dan agak jauh berbanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya