PETALING JAYA: Mesyuarat Dewan Rakyat penggal pertama Parlimen ke-15 akan diadakan dua hari pada 19 dan 20 Disember ini.
Mesyuarat dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat diikuti istiadat angkat sumpah termasuk dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Sidang berkenaan kemudian diteruskan dengan memilih Timbalan-Timbalan Yang Dipertua.
Tumpuan pada mesyuarat pertama itu adalah usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan undi percaya itu bertujuan membuktikan keabsahan Anwar sebagai ketua kerajaan, sekali gus menghentikan pertikaian dibawa pihak tertentu.
Agenda terakhir pula ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain. – UTUSAN