Pembangunan, projek mega tidak tidak harus ketepikan rakyat

Pembangunan, projek mega tidak tidak harus ketepikan rakyat – Anwar

ANWAR Ibrahim bermesra bersama rakyat pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Konsep anjakan paradigma perlu diberi nafas baharu dan memastikan bahawa ia memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya mengayakan segelintir pihak sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep itu sudah lama diamalkan di negara ini, namun ia dilihat tidak seimbang dan mengenepikan rakyat.

Beliau berkata, tiada guna membangunkan projek dan pembangunan mega, namun pada masa sama tidak melihat nasib rakyat di luar sana.

“Adakah kita mahu izinkan projek mega tapi pada masa tidak melihat nasib rakyat di luar sana.

“Kita bangunkan negara dengan projek dan industri tapi jangan pada masa sama kita beri upah rendah kepada pekerja dan tidak setimpal,” katanya ketika berucap pada Program Munajat Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, di sini malam ini.

Katanya, kerajaan mahu memastikan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat dilihat tidak lagi merendahkan martabat dan nilai akhlak, sebaliknya dilakukan secara serasi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau bersyukur kerana Kerajaan Perpaduan hari ini dapat menjamin suasana politik stabil berbanding sebelum ini yang bergelut dengan simpang siur yang tiada kesudahan.

Menurutnya, pusat tumpuan Kerajaan Perpaduan kini adalah meningkatkan segala usaha termasuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Tentunya awal tahun depan kita sudah dapat senarai pelabur dari pelbagai negara dan mereka akan hadir sendiri lihat perkembangan di Malaysia supaya ada pertumbuhan baharu untuk majukan negara,” katanya.

Sementara itu, kata Anwar, beliau juga mahu institusi masjid diimarahkan dan diperhebatkan serta tidak dijadikan gelanggang untuk adu domba dan menyebarkan kebencian.

“Islam di negara ini kekal tegak sebagai agama Persekutuan dan ia bukan sahaja mesej untuk umat Islam sahaja, sebaliknya untuk orang bukan Islam di mana kita mahu kefahaman itu dapat mengurangkan bibit Islamofobia,” katanya.

Terdahulu, Anwar bersama 2,000 jemaah hadir pada Program Munajat Tahun Baharu 2022 di Masjid Putra, di sini yang turut dihadiri barisan jemaah menteri lain. – UTUSAN

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya