Pelancongan Langkawi kembali rancak

Pelancongan Langkawi kembali rancak

FERI penumpang dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis menjadi salah satu pengangkutan utama untuk pelancong berkunjung ke Pulau Langkawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Industri pelancongan di pulau peranginan ini semakin menunjukkan tanda pemulihan apabila kembali rancak dengan ketibaan cuti sekolah penggal ketiga selama tiga minggu.

Tinjauan dalam kalangan penggiat industri pelancongan mendapati, kebanyakan mereka menerima tempahan sehingga 60 peratus untuk penginapan, kereta sewa dan tempat tarikan pelancong.

Seorang pengusaha kereta sewa, Muhamad Amirul Amar, 35, berkata, dia menerima tempahan kereta sewa seawal Oktober lalu bagi tempoh cuti sekolah kali ini.

“Setakat ini lebih 10 buah kereta habis ditempah untuk dua minggu pertama cuti sekolah dan saya menjangkakan tempahan penuh pada minggu terakhir cuti apabila orang ramai hendak menghabiskan cuti di Langkawi,” katanya semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Langkawi dijangka kembali jadi pilihan susulan insiden pengeboman berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand pada Sabtu lalu yang mendorong ramai rakyat Malaysia yang mahu melancong ke negara jiran itu beralih ke Pulau Langkawi atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, masih banyak isu di Pulau Langkawi yang belum diselesaikan terutama membabitkan perkhidmatan feri.

Sementara itu, Pengurus Operasi Kampung Guest House, Mohd. Farizal Padzil, 42, turut memaklumkan pihaknya menerima tempahan sehingga 60 peratus daripada jumlah bilik yang disediakan untuk cuti sekolah kali ini.

“Tetapi ia sedikit berbeza berbanding sebelum pandemik Covid-19 melanda dulu kerana biasanya semua bilik yang kami ada sudah habis ditempah sebelum cuti sekolah bermula.

“Namun jika hendak dibandingkan semasa cuti sekolah sewaktu pandemik, tempahan kali ini lebih banyak dan kami berharap situasi ini menjadi lebih baik sehinggalah industri pelancongan pulih sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang ejen pelancongan, Mohamad Azzuddin Azmi, 34, pula berkata, kemasukan pelancong mungkin terjejas sekiranya trip perjalanan feri tidak ditambah.

“Rugilah kalau syarikat feri tidak tambah feri semasa cuti sekolah kerana masih ramai sebenarnya pelancong tempatan memilih Langkawi sebagai destinasi percutian mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya