Pejabat imigresen KL, Putrajaya sesak Selangor cuti umum

Pejabat imigresen KL, Putrajaya sesak Selangor cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan kesesakan luar biasa di pejabat permohonan pasport sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pagi ini, kerana cuti umum dan cuti persekolahan di Selangor yang bermula, hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh negeri Selangor menyebabkan kehadiran luar biasa orang ramai di pejabat-pejabat pasport sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya ini.

“Orang ramai dinasihatkan berurusan ke pejabat-pejabat pasport di luar Lembah Klang dan kurang sesak bagi urusan permohonan pasport.

“Antara pejabat-pejabat pasport berdekatan dan kurang kesesakan yang boleh menjadi alternatif adalah pejabat pasport di Seremban, Melaka, Cameron Highland, Raub, Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu, Pengkalan Hulu, Mersing, Kukup dan Kangar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak atau kecemasan, dipohon supaya menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport dan memohon di luar waktu puncak.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir dan perlu merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Selain daripada itu, orang ramai juga dijemput untuk menyertai saluran telegram rasmi bagi urusan permohonan pasport untuk sebarang pertanyaan di pautan https://t.me/PejabatPasport,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya