PBM kecewa tiada wakil dalam Kabinet

PBM kecewa tiada wakil dalam Kabinet

Larry Sng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa kerana tiada wakilnya dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Datuk Larry Sng berkata, walaupun parti itu antara yang terawal menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, nasib tidak berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun, katanya, PBM tetap memainkan peranan untuk mengukuhkan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan negara.

“Tiada kata-kata dapat menggambarkan kekecewaan saya dengan pelantikan barisan Kabinet tanpa wakil daripada PBM, sedangkan kita adalah parti terawal yang menyatakan sokongan terhadap Anwar,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Larry berkata, mesyuarat akan dibuat dalam masa terdekat dengan pimpinan kanan bagi menentukan hala tuju PBM termasuk cadangan bergabung dengan parti lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya