Pas mahu Kabinet baharu tumpu laksana manifesto

Pas mahu Kabinet baharu tumpu laksana manifesto

AHMAD Yakob (kiri) ketika menyampaikan anugerah kecemerlangan sempena Festival Islam dan Prestasi Kecemerlangan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mahu barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tumpuan kepada pelaksanaan manifesto yang dikemukakan semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa sama, pihaknya mengambil ketetapan untuk tunggu dan lihat prestasi Kabinet dianggotai gabungan muka lama dan berpengalaman.

“Pas amat berharap agar barisan Kabinet ini dapat dipilih melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Islam dan Prestasi Kecemerlangan di Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Semalam Anwar mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Senarai berkenaan turut menyaksikan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahmad Zahid turut dilantik selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sementara Fadillah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu diumumkan itu tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya di Parlimen Parlimen Bagan Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman nanti.

Katanya, Pas yakin, rakyat akan bijak membuat penilaian dalam pemilihann calon berkuati untuk menjadi wakil rakyat mereka nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya